Takhrij dan Analisis Hadith-Hadith Kitab Jual Beli daripada Kitab Bulughul Maram Karya al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani

Main Article Content

Mohd Muhiden Abd Rahman
Mohamad Azrien Mohamed Adnan
Mohd Bakhit Haji Ali

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber ambilan hadith-hadith ‘Kitab Jual Beli’ daripada Kitab Bulughul Maram min `Adillat al-Ahkam’ karya al-Hafiz ibn Hajar (m.852H) serta statusnya. Hadith-hadith tersebut akan dianalisis daripada aspek metode penulisan serta tanasub atau kesesuaiannya dalam bab-bab jual beli. Bagi mengenalpasti sumber dan status hadith, metode takhrij hadith berdasarkan tema akan digunakan. Manakala metode tahlili akan digunakan bagi menganalisis hadith dari segi kesesuaian tema-tema yang telah dibentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 70% daripada hadith yang ditakhrij adalah sahih dan bersumberkan kitab-kitab hadith yang berautoriti dan muktabar. Sembilan puluh lima peratus daripada hadith yang dipilih adalah relevan dan sesuai dengan bab jual beli.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles