Metodologi Pemikiran Sisters in Islam terhadap Hijab Analisis Kritikan Berasaskan Fiqh al-Hadith
Main Article Content
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis metodologi pemikiran Sisters in Islam terhadap hijab berasaskan fiqh al-hadith. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode pensejarahan, dokumentasi serta temubual bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan hijab menurut pandangan Sisters in Islam. Sebanyak 17 hadith berkaitan dengan hijab dari Kitab Sahih Muslim akan dijadikan sample kajian dengan menggunakan metod istiqra` dan istinbat berpandukan pandangan-pandangan ulama muktabar mengenainya. Hasil kajian mendapati bahawa metodolgi pemikiran Sisters in Islam mengenai hijab adalah berbeza, malah bercanggah sama sekali dengan pandangan ulama Islam. Antara metodologi yang diaplikasi oleh Sisters in Islam dalam memahami hukum hijab adalah metodologi yang berasaskan logik akal dan rasional semata-mata selain dari metod pensejarahan dan peradaban serta sosiologi. Hasil dari metodologi yang digunakan oleh Sisters in Islam didapati bahawa aurat yang wajib ditutup itu adalah kemaluan wanita sahaja dan selebihnya haruslah ditutup mengikut nilai kesopanan dan budaya sesebuah masyarakat.