Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Ilmu Taranum al-Quran

Main Article Content

Khalid Isa
Muhammad Lukman Ibrahim
Mahyudin Daud

Abstract

Kepakaran dan keilmuan Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Azhari dalam pengajian al-Quran amat meluas terutama dalam ilmu tajwid dan taranum. Ketokohan beliau dalam bidang ini bukan sahaja menyebabkan seluruh masyarakat Malaysia mengkagumi dan menyanjungi beliau bahkan menarik perhatian ulama semasa. Beliau mempunyai metode yang tersendiri dan istimewa dalam teknik pengajaran dan pembelajaran ilmu taranum al-Quran yang tidak sama dengan tokoh-tokoh yang lain. Namun sehingga hari ini, metode tersebut belum pernah didokumentasikan untuk didedahkan kepada masyarakat umum. Hal tersebut agak merugikan kerana ditakuti keistimewaan metode pengajaran dan pembelajaran ilmu taranum beliau akan hilang begitu sahaja sesudah peninggalannya. Kajian berbentuk kualitatif ini mengumpul data daripada sorotan dokumentasi dan kajian lapangan. Oleh kerana Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Azhari masih hidup dan pendokumentasian bersabit riwayat hidup beliau amat sedikit, pengkaji lebih banyak bersandarkan kepada data-data lapangan melalui metode temubual dengan beliau sendiri. Hasil kajian mendapati, riwayat hidup beliau sangat menarik dan metode pengajaran serta pembelajaran ilmu taranum beliau sangat istimewa dan berbeza.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles