Main Article Content

Abstract

Pendidikan merupakan perkara yang penting dalam Islam. Setiap muslim digalakkan seboleh mungkin menuntut pelbagai jenis ilmu. Kepentingan pendidikan ini secara jelas dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah serta dijelaskan oleh para sarjana Islam dalam karya-karya agung mereka. Makalah ini akan menyingkap penglibatan dan komitmen Abu Hanifah al-Nu?man dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan antara sarjana terawal yang menghasilkan beberapa karya agung yang membincangkan idea-idea pendidikan. Makalah ini dimulai dengan perbincangan mengenai Abu Hanifah dan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan yang merangkumi analisis mengenai para murid dan karya-karya pendidikan beliau. Melalui perbahasan ini diharapkan dapat menjelaskan sumbangan dan mengetengahkan karya-karya beliau dalam bidang pendidikan

Keywords

Pendidikan Islam, sumber Pendidikan Islam, pemikir Pendidikan Islam, karya agung Pendidikan Islam, Abu Hanifah al-Nu‘man.

Article Details

How to Cite
Mamat, M. A. (2013). KETOKOHAN IMAM ABU HANIFAH AL-NU‘MAN (M.150H/767M) DALAM BIDANG PENDIDIKAN (Scholarship of Imam Abu Hanifah Al-Nu’man in Education). Journal of Al-Tamaddun, 8(2), 1–13. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8657