Main Article Content

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menyiasat sejarah jalinan Astronomi Islam dalam pendidikan pelajar-pelajar Muslim di peringkat sekolah menengah kebangsaan. Astronomi Islam penting dalam kehidupan seorang Islam kerana pelaksanaan empat daripada lima rukun Islam: solat, puasa, zakat dan haji dilengkapkan oleh Astronomi Islam dalam aspek penentuan waktu dan tempoh. Soalan yang timbul di sini, adakah pengetahuan pelajar ditampung oleh pelbagai subjek yang diajar di sekolah menengah. Jawapan kepada soalan ini dicari dalam 63 buah buku teks sekolah menengah. Kaedah pengumpulan data menggunakan kaedah dokumentasi. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara induktif, deduktif, komparatif dan analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati kurikulum kebangsaan tiada mata pelajaran Astronomi Islam secara khusus. Namun, beberapa matapelajaran yang diajar di sekolah menengah memuatkan elemen-elemen Astronomi Islam. Secara tidak langsung, Astronomi Islam telah dipelajari oleh para pelajar secara tidak tersusun.

Keywords

Sejarah Pendidikan Islam, Astronomi Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Article Details

How to Cite
Ali@Mat Zin, A., Azimoha, N. N., & Aziz, S. H. (2016). SEJARAH JALINAN ASTRONOMI ISLAM DALAM BUKU TEKS SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (The History of Islamic Astronomy’s Fusion in Textbooks for National Secondary School, Ministry of Education Malaysia). Journal of Al-Tamaddun, 11(2), 45–56. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8700