Main Article Content

Abstract

Kewujudan jawatan mufti di negeri Kelantan mendahului penubuhan institusi fatwa di Kelantan yang dikenali sebagai Jemaah UlamaÂ’ pada peringkat awal, sekitar tahun 1820 atau 1830. Selepas penubuhan institusi fatwa secara formal di Kelantan pada tahun 1918, pelbagai perubahan telah berlaku termasuklah perubahan yang dilakukan oleh salah seorang tokoh ulamaÂ’ di Kelantan sekitar tahun 1960an, iaitu, Tuan Guru DatoÂ’ Haji Muhammad Nor Ibrahim Penambang (TGMNI). Beliau seorang ulamaÂ’ yang tidak hanya pakar dalam bidang perundangan Islam, malah dalam disiplin ilmu Islam yang lain seperti ilmu falak, faraid, tafsir, hadis dan qiraÂ’at. Di atas ketokohan ini, beliau telah dilantik menjadi mufti Kerajaan Kelantan dari tahun 1968 hingga 1987. Beliau telah memainkan peranan yang besar dan penting dalam melakukan perubahan dan pembaharuan di dalam institusi fatwa di Kelantan, sewaktu memegang jawatan sebagai mufti dan Pengerusi Jemaah UlamaÂ’. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji peranan, sumbangan dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau, di samping mengkaji sejarah perkembangan institusi fatwa di negeri Kelantan dan sejarah latar belakang beliau dalam bidang pendidikan, sejarah kehidupan dan sumbangannya terhadap masyarakat. Kajian ini menggunakan metodologi kajian bersifat kualitatif dengan pengumpulan data melalui kajian perpustakaan dan temubual. Hasil kajian ini mendapati institusi fatwa atau pejabat Mufti di Kelantan yang wujud pada hari ini merupakan hasil daripada perubahan dan pembaharuan oleh TGMNI dalam memantapkan institusi ini. Kajian ini signifikan bagi mengkaji sejarah penubuhan institusi fatwa di Kelantan di samping menganalisis sumbangan TGMNI dalam institusi ini. Secara keseluruhannya TGMNI telah melakukan banyak pembaharuan yang penting dalam meningkatkan kualiti institusi fatwa di Kelantan. Beliau juga telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang bersifat menyeluruh dan menepati kehendak permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Kelantan pada masa tersebut.

Keywords

Mufti Kelantan, Ulama, Institusi Fatwa, Islam, Malaysia

Article Details

How to Cite
Ab Halim, A. (2015). TUAN GURU DATO’ HAJI MUHAMMAD NOR PENAMBANG: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM INSTITUSI FATWA DI KELANTAN (Tuan Guru Dato’ Haji Muhammad Nor Penambang: His role and contribution to the Institution of Fatwa in Kelantan). Journal of Al-Tamaddun, 10(1), 19–28. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8682