Main Article Content

Abstract

Liga Arab (League of Arab State @ Arab League) yang ditubuhkan pada 22 Mac 1945 merupakan satu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh 22 buah negara Arab di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Pertubuhan ini lahir dari idea Nasionalisme Arab (turut disebut juga Pan-Arabisme) iaitu organisasi yang bermatlamat untuk menghentikan dominasi Eropah dalam pentadbiran negara Arab di Timur Tengah dan membawa kesepakatan dalam kalangan negara-negara Arab. Ia berperanan sebagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab dan terlibat dalam isu-isu politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial bagi negara-negara anggotanya. Oleh itu, Liga Arab turut berdepan dengan tuntutan semasa globalisasi. Makalah ini bertujuan membincangkan sejarah penglibatan Liga Arab dalam mendepani isu Palestin-Israel sejak penubuhan organisasi sehingga zaman kini. Keanggotaan Palestin dalam Liga Arab pada tahun 1970an menerusi Palestine Liberation Organization (PLO) sedikit sebanyak menarik penglibatan Liga Arab dalam konflik Palestin-Israel. Secara keseluruhannya, penulisan kajian ini menggunakan metod kajian kualitatif berdasarkan dapatan data dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa Liga Arab turut terlibat di dalam mencari penyelesaian konflik Palestin-Israel, namun ianya kurang berkesan kerana sebahagian besar negara anggota mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan mengiktiraf kedudukannya di Timur Tengah.

Keywords

Liga Arab, Konflik Palestin-Israel, Timur Tengah, PLO, Zionis

Article Details

How to Cite
Mohd Nor, M. R., & Mohd Rozi, R. (2016). PENGLIBATAN LIGA ARAB DALAM KONFLIK PALESTIN-ISRAEL (Involvement of Arab League on Palestine-Israel Conflict). Journal of Al-Tamaddun, 11(2), 57–66. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8701