Main Article Content

Abstract

Isu mengenai hak asasi manusia merupakan perkara utama bagi setiap negara di seluruh dunia termasuk mengenai hak asasi terhadap wanita berpolitik. Penglibatan wanita dalam politik dan pilihan raya di Malaysia menunjukkan peningkatan dan perubahan. Mereka mampu dan mempunyai hak untuk menyertai parti politik termasuk bertanding dalam pilihan raya. Dalam kertas kerja ini membincangkan mengenai hak-hak wanita yang terlibat dalam proses amalan demokrasi dan hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Tumpuan kajian ini ialah bagaimana wanita mendukung dan menterjemahkan hak-hak asasi manusia dalam konteks kehidupan berpolitik di Malaysia menerusi penglibatan wanita dalam proses pilihan raya di Malaysia.

Keywords

Wanita, hak asasi manusia, politik, pilihan raya, perlembagaan Malaysia

Article Details

How to Cite
Hanafi, F., Abdul Rahman, Z., Mohd Noor, A., & Mohd Nor, M. R. (2016). HAK ASASI MANUSIA DAN PENGLIBATAN WANITA DALAM POLITIK DI MALAYSIA (Human Rights and Women’s Participation in Politics in Malaysia). Journal of Al-Tamaddun, 11(1), 17–33. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8693