Tokong Guanyin Klang Tinjauan ke atas Upacara-upacara Ritus Utama

Main Article Content

Fey Ching Lee
Khin Wah Soo

Abstract

Tujuan artikel ini adalah untuk memberikan gambaran tentang upacara-upacara ritus utama yang dijalankan di Tokong Guanyin Klang atau Persatuan Penyokong Rumah Berhala Kwan Imm Klang (selepas ini diringkaskan sebagai TGY). Upacara ritus yang sama dijalankan di kebanyakan tokong di Klang, namun upacara ritus di TGY didapati mendapat sambutan yang hangat berbanding dengan tokong yang lain. Melalui kaedah kajian ke atas inskripsi plak batu, temu ramah dan kajian lapangan, hasil kajian mendapati bahawa TGY telah wujud lebih daripada 100 tahun dan telah mengalami perpindahan sebanyak 3 kali sebelum tokong ini berkekalan tapaknya di lokasi sekarang iaitu Simpang Lima. Sistem pengurusan TGY merupakan satu lembaga yang terdiri daripada wakil dari 19 persatuan dialek di Klang, menjadikan TGY sebuah tokong komuniti sejak awal lagi. Ritus TGY yang bersifat ringkas dan “bayar sahaja†amat memenuhi keperluan penganut yang sibuk dengan kerjaya dan memberi peluang kepada penganut yang sibuk dapat menyertai ritus TGY secara tidak langsung. Oleh itu, ritus-ritus TGY sentiasa mendapat sambutan hangat daripada para penganut yang berusia muda. Pengaruh media massa turut menyumbang kepada faktor populariti TGY dan menjadikan TGY sebuah tokong yang terkenal di Klang. Kini, TGY bukan sahaja berfungsi sebagai tapak beribadat, bahkan sebagai satu institusi kebajikan yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik terutamanya pesakit miskin di daerah Klang.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles