Perbandingan Jumlah Pelbagai Jenis Puisi Dalam Buku Teks Bahasa Cina Tahap Satu SRJK (C) Malaysia KBSR 2003 Dan KSSR 2011

Main Article Content

Swee Ying Pang
Yan Cui

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru telah diperkenalkan pada tahun 2011, artikel yang dirangkumi dalam siri buku teks Bahasa Cina baru ini mengalami perubahan yang ketara dari segi jumlah serta jenis teksnya berbanding dengan buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) terbitan tahun 2003. Melalui kaedah kajian teks dan kaedah perbandingan, jumlah teks pelbagai jenis puisi dalam buku teks Bahasa Cina KBSR 2003 dan KSSR 2011 dibandingkan untuk mengesan penekanan KSSR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina Tahap Satu khasnya melalui teks berbentuk puisi. Perbandingan jumlah pelbagai jenis puisi dalam buku teks Bahasa Cina kedua-dua siri KBSR dan KSSR Tahap Satu dipersembahkan dalam artikel ini mengikut tiga bahagian: 1. Proporsi puisi buku teks, yang merangkumi i. proporsi puisi keseluruhan dalam buku teks, ii. proporsi puisi mengikut tahun pelajaran, serta iii. perbandingan proporsi teks puisi dan bukan puisi; 2. Perbandingan proporsi pelbagai jenis puisi; serta 3. Analisis bilangan pelbagai jenis puisi mengikut tahun pelajaran. Melalui perbandingan tersebut, didapati tiga penekanan kurikulum Bahasa Cina telah ditujukan dalam teks berbentuk puisi, iaitu peningkatan i. perasaan bahasa, ii. kemahiran menaakul dan iii. keupayaan mengenal aksara baru di kalangan murid. Ketiga-tiga penekanan ini perlulah diambil perhatian oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina Tahap Satu, supaya bahan berbentuk puisi dalam buku teks ini dapat digunakan dengan lebih berkesan.

1

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles