Jaminan Intimasi: Migrasi dan Hubungan Intim di antara Wanita Indonesia dan Lelaki Cina Tempatan di Malaysia(Intimate Security: Migration and Intimate Relationship of Indonesian Women and Local Chinese Men in Malaysia)

Main Article Content

Binti Hamidi MASHITAH

Abstract

Abstrak
Artikel ini mengkaji mengapa dan bagaimana wanita Indonesia menjalin hubungan intim dengan lelaki Cina tempatan di Malaysia. Jaminan intimasi melalui ruang sosial menjadi sandaran kepada perbincangan ini yang menerangkan mengenai percaturan kehidupan seorang wanita imigran yang memerlukan sokongan fizikal, material dan emosi daripada seorang lelaki. Namun di dalam konteks ini persoalan terarah kepada tujuan dan harapan oleh wanita-wanita dalam mengekalkan hubungan dengan lelaki tempatan. Artikel ini adalah hasil daripada kajian etnografi penulis bersama dua wanita Indonesia yang mempunyai pengalaman dan hubungan dengan lelaki Cina tempatan serta beberapa orang tempatan yang mengurus dan bergaul rapat dengan wanita Indonesia yang mempunyai hubungan dengan orang tempatan. Kesan daripada perhubungan yang dijalinkan dengan lelaki tempatan secara umumnya dan lelaki Cina tempatan secara khususnya, dapat disimpulkan bahawa wanita Indonesia mempunyai matlamat tersendiri dalam merangka perjalanan serta kedudukan mereka di Malaysia. Melalui artikel ini, penulis mendapati jaminan
intimasi pekerja wanita Indonesia lebih tertumpu kepada perlindungan keselamatan, emosi dan kerohanian. Tekanan kerja, tempat mengadu dan sokongan kewangan serta material menjadi penyebab wanita-wanita ini terdedah kepada hubungan intim dengan lelaki Cina tempatan dan etnik tempatan yang lain.


Abstract
This article examines why and how women Indonesia had intimate relationships with Chinese men in Malaysia. Intimate security via social space to backup to this discussion describing the life of a constellation of female migrants who need physical, material and emotional support from a man. But in this context the question directed to the goals and expectations of women in maintaining relationships with local men. This article is the
result of an ethnographic study of two Indonesian women who have live experience and relationships with Chinese men and some local people who manage and interact closely with Indonesian women who have relationships with the local people. The effect of the relationships established with local men in general and local Chinese men in particular, concluded that Indonesia women have their own goals in designing the course and
their place in Malaysia. Through this article, the authors found the intimate security of Indonesian women workers are more focused on the protection of safety, emotional and spiritual. Pressure of work, a place to complain and financial and material support to the
cause of these women to have intimate relationship with a male Chinese and other local residents.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles