Jerusalem in History

Main Article Content

Mohd Roslan Mohd Nor

Abstract

Jerusalem mempunyai sejarah yang berliku. la telah menarik minat ramai penulis untuk memberikan pandangan, hujah dan seumpamanya dalam menilai sejarahnya yang berharga. Jerusalem juga masyhur dengan namanya di dalam Bahasa Arab, iaitu Bayt al-Maqdis. Bagi Islam, Jerusalem merupakan satu kawasan yang amat bernilai. Di sinilah terletaknya kiblat umat Islam yang pertama sebelum wahyu Allah diturunkan untuk menghadap Ka'abah ketika melakukan solat. la juga tempat bersejarah, di mana ia merupakan tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w, sepertimana tercatat di dalam al-Qur'an dan di dalam buku-buku sirah Islam.

Buku Jerusalem in History membicarakan susur galur sejarah Jerusalem yang merangkumi sebahagian besar perjalanan sejarah. Editor buku ini, Kamil Jamil Asali, seorang cendekiawan Palestin-Jordan, mencatatkan pada halaman kata-kata aluannya bahawa terdapat banyak buku berkenaan Jerusalem telah diterbitkan pada ketika ini. Kebanyakan buku tersebut menfokuskan kepada situasi semasa yang berlaku di Bayt al-Maqdis terutama yang menyentuh keadaan selepas berlakunya pencerobohan Israel pada tahun 1948, dan penguasaan sepenuhnya Israel terhadap Jerusalem pada tahun 1967.


  

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Nor, M. R. (2003). Jerusalem in History. Jurnal Usuluddin, 17, 185–188. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4083
Section
Articles