Sejarah dan Perkembangan Pentadbiran Islam Pada Era Pemerintahan Brooke di Sarawak

The History and Development of Islamic Administration in the Era of Brooke's Governance in Sarawak

Authors

  • Saimi Bujang Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Abdul Razak Abdul Kadir Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Noranizah Yusuf Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Fatimah Hamrie Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak
  • Wan Ariffin Wan Yon Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak

DOI:

https://doi.org/10.22452/JAT.vol17no2.5

Keywords:

Perundangan, Islam, Pemerintah, Brooke, Sarawak

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk menjelaskan secara sepintas lalu tentang kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam sepanjang tempoh pemerintahan Brooke di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan historiografi iaitu penulisan sejarah, prinsip atau kaedah penulisan sejarah dan karya atau hasil penulisan yang berkaitan dengan perundangan Islam Sarawak sepanjang tempoh pemerintahan Brooke. Pendekatan kajian historiografi yang digunakan dalam kajian ini melalui empat langkah, iaitu; heuristik; kritikan sumber; interpretasi; dan historiografi. Masalah yang dijawab dalam kertas ini adalah berkaitan dengan kewujudan perundangan Islam sepanjang tempoh pemerintahan Brooke. Manuskrip, catatan Brooke dan catatan pegawai British dari Barat berkaitan dengan perundangan Islam di Sarawak sepanjang pemerintahan Brooke dikumpul, dikritik dan diinterpretasikan bagi menghasilkan pensejarahan baru tentang perkembangan perundangan Islam di negeri Sarawak. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan sejarah dilakukan semak silang (cross check) atau jejak audit (audit trail) bagi menguji kesahan maklumat tersebut. Pendekatan analisis induktif dan deduktif digunakan dalam analisis kandungan bahan-bahan sejarah bagi memberi makna kepada fakta-fakta sejarah yang dijumpai. Kajian ini berjaya menjelaskan tentang kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam dari mula era pemerintahan James Brooke sehingga Rajah Brooke terakhir di Sarawak. Bahan-bahan sejarah tersebut juga berjaya membuktikan bahawa kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam tersebut adalah hasil daripada warisan kerajaan-kerajaan yang terdapat di Sarawak sebelum perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841.

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

2022-12-21

How to Cite

Bujang, S., Abdul Kadir, A. R., Yusuf, N. ., Hamrie, F. ., & Wan Yon, W. A. (2022). Sejarah dan Perkembangan Pentadbiran Islam Pada Era Pemerintahan Brooke di Sarawak: The History and Development of Islamic Administration in the Era of Brooke’s Governance in Sarawak. Journal of Al-Tamaddun, 17(2), 53–70. https://doi.org/10.22452/JAT.vol17no2.5

Issue

Section

Articles