Gagasan Pembangunan Modal Insan Rabbani oleh Sa‘īd Ḥawwā dalam al-Asās fī al-Tafsīr: Ke Arah Pemerkasaan Kader Dakwah

Main Article Content

Muhamad Alihanafiah Norasid
Mustaffa Abdullah

Abstract

Sa‘īd Ḥawwā merupakan seorang tokoh gerakan Islam yang begitu sinonim dengan idea pembentukan generasi rabbani. Gagasan idea beliau dapat dilihat menerusi puluhan karya beliau yang membicarakan isu pembinaan kader dakwah seperti karya Jund Allāh Thaqafatan wa Akhlaqan, Jund Allāh Takhtitan, dan Jund Allāh Tanẓīman. Malah, beliau turut menghasilkan karya tafsir besar 30 juzuk, al-Asās fī al-Tafsīr yang menampilkan perbincangan dari segenap segmen kehidupan. Artikel ini bertujuan mendedahkan gagasan pemikiran modal insan rabbani cetusan Sa’id Hawwa menerusi karya tafsir beliau sebagai asas binaan konsep modal insan rabbani. Konsep modal insan rabbani dianalisis menerusi pentafsiran Sa‘īd Ḥawwā terhadap ayat-ayat yang mengandungi kalimah “rabbani” dalam al-Quran sebagaimana yang telah dikemukakan oleh beliau dalam karya tafsir al-Asās, juga dalam risalah beliau berjudul “Iḥyā’ al-Rabbaniyyah.” Hasil penelitian, pembangunan modal insan rabbani gagasan Sa‘īd Ḥawwā memberikan penekanan terhadap tiga komponen pembangunan, iaitu penerapan thaqāfah, pengukuhan tarbiah, dan pelaksanaan dakwah. Gagasan modal insan rabbani beliau diyakini mampu menjadi satu garis panduan ke arah pemerkasaan kader dakwah dengan menjadikan institusi masjid sebagai wahana pembangunan insan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Norasid, M. A., & Abdullah, M. (2019). Gagasan Pembangunan Modal Insan Rabbani oleh Sa‘īd Ḥawwā dalam al-Asās fī al-Tafsīr: Ke Arah Pemerkasaan Kader Dakwah. Jurnal Usuluddin, 47, 25–48. https://doi.org/10.22452/usuluddin.sp2019no1.2
Section
Articles