KOORDINASI UMNO DALAM POLITIK DAN PILIHAN RAYA DI SINGAPURA: FAKTOR, STRATEGI DAN PRESTASI, 1954-1959

Authors

  • Muhammad Naim Fakhirin Rezani Universiti Malaya

Keywords:

Demokrasi, UMNO, Singapura, Politik Melayu, Pengukuhan Politik

Abstract

Kajian ini membincangkan perkembangan politik Singapura pada awal 1950-an dengan memberi tumpuan terhadap penglibatan parti politik utama dari Tanah Melayu iaitu UMNO. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, UMNO berjaya mengukuhkan kedudukan dalam politik Singapura melalui sokongan dari pengundi Melayu terhadap parti itu dalam tempoh 1955-1959. Pengukuhan UMNO dilakukan berdasarkan strategi yang direncanakan oleh pemimpin parti tersebut. Pilihan raya 1955 menjadi penentu kepada kedudukan UMNO dalam politik Singapura. Pilihan raya 1959 pula membuktikan kedudukan UMNO sebagai parti yang berjaya mendapat sokongan dalam kalangan pengundi Melayu di Singapura. Kajian ini dihasilkan dengan menggunakan sumber primer dari National Archive, Kew dan National Archive Singapore sebagai sumber utama penulisan. Selain itu, penulisan turut menggunakan akhbar Utusan Melayu, The Straits Times, Singapore Standard dan Berita Harian yang diterbitkan dalam tempoh tersebut bagi mendapatkan kesinambungan dengan dokumen sumber primer tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan penglibatan UMNO dalam politik Singapura merangkumi strategi yang disusun oleh parti itu seperti strategi pemilihan calon, kempen dan kawasan yang ditandingi. Selain itu, dapatan kajian ini turut menunjukkan prestasi UMNO merupakan hasil kesinambungan strategi kepimpinan parti yang berjaya memanfaatkan sentimen masyarakat Melayu sehingga mempengaruhi perubahan pola pengundian dalam pilihan raya Singapura antara 1955 hingga 1959.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-31

How to Cite

Rezani, M. N. F. (2025). KOORDINASI UMNO DALAM POLITIK DAN PILIHAN RAYA DI SINGAPURA: FAKTOR, STRATEGI DAN PRESTASI, 1954-1959. SARJANA, 40(2), 86–97. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/SARJANA/article/view/60109

Issue

Section

Articles