Dimensi Islam Terhadap Konsep Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Main Article Content

Muhamad Zulfadli Abdul Rahman
Mohamad Taqiuddin Mohammad
Azizi Che Seman

Abstract

Sejak pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat seolah-olah terdapat sebilangan masyarakat yang menyokong hasrat kerajaan ini dan tidak kurang juga yang menolak perlaksanaan cukai ini. Pelbagai perbincangan dan penerangan giat dijalankan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perlaksanaan GST ini. Maka, penulisan artikel ini akan membincangkan tentang konsep asas percukaian Islam dan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh para ulama terhadap pelaksanaan cukai dalam sesebuah Negara. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan berasaskan kaedah induktif, deduktif, dan komparatif melalui data-data yang diekstrak dari perpustakaan dan kajian-kajian lepas. Hasil awal kajian mendapati terdapat 2 katogeri pandangan ulama tentang pelaksanaan cukai iaitu pandangan yang mengharamkan cukai dan pandangan yang menghalalkan pelaksanaan cukai dengan bersandarkan kepada dalil-dalil bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles