Terminologi Takwil Menurut al-Māturīdī dan al-Ṭabarī

Main Article Content

Aisyah Dollah @ Abdullah Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff Nurul Zakirah Mat Sin.

Abstract

Penemuan tafsir Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah karangan Abū Manṣūr alMāturidī (w.333H/944M) telah membuka dimensi baru dalam disiplin ilmu tafsir. Al-Māturidī yang lebih terkenal sebagai pengasas mazhab Maturidiyah ini pernah hidup sezaman dengan seorang tokoh yang terkenal di bidang tafsir iaitu Muḥammad bin Jarīr al-Ṭabarī (w.310H/921M) pengarang Jāmi‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Āy al-Qur’ān atau lebih dikenali dengan Tafsīr al-Ṭabarī. Meskipun tiada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa kedua tokoh ini pernah bertemu, namun keduanya sama ada secara sengaja atau tidak telah menggunakan istilah takwil pada tajuk karya masing-masing. Situasi ini telah menarik perhatian pengkaji untuk mengemukakan terminologi takwil menurut alMāturidī dan al-Ṭabarī menerusi karya Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah dan Jāmi‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Āy al-Qur’ān di mana hasil dapatan kajian menemukan bahawa terdapat titik temu pada kedua pengarang ini dalam mengaplikasikan terminologi takwil dalam karya masing-masing. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
DOLLAH @ ABDULLAH, Aisyah; MOHD YUSOFF, Mohd Yakub @ Zulkifli; MAT SIN., Nurul Zakirah. Terminologi Takwil Menurut al-Māturīdī dan al-Ṭabarī. Jurnal Usuluddin, [S.l.], v. 44, p. 1-22, dec. 2016. ISSN 0128-0708. Available at: <https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7527>. Date accessed: 09 dec. 2019. doi: https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.1.
Section
Articles